Sunday, April 25, 2010

Laman Web HanzGold.com & KadKredit.Com dihentikan sementara...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Di sini kami ingin mengumumkan untuk menghentikan sementara operasi di semua laman web milik HanzGold untuk memberikan ruang kepada pihak Polis menjalankan siasatan terhadap server milik HanzGold yang berada di Balai Polis D7, Ipoh.

Baru-baru ini, pihak kami telah pun membuat laporan kepada pihak Polis berkenaan dengan 'sabotaj' yang diketuai oleh SHAHRUL FITRI BIN ROZALI. Dalam masa terdekat, pihak kami akan ketengahkan kes ini di mahkamah untuk menuntut ganti rugi melebihi RM200,000.

Pihak kami menyangkal sekiranya ada di antara mereka yang mengatakan HANZ GOLD MANAGEMENT adalah SCAMMER. Kad Kredit HanzGold berada di pihak kami dan akan di bawa ke mahkamah untuk menjadikan ianya sebagai bukti bahawa Kad Kredit HanzGold bukannya PALSU.

Kami memohon maaf di atas kesulitan yang terjadi. Di harap semua pihak dapat bersabar. Hanya disebabkan seorang BEKAS iSTAFF KKC menyebabkan segala urusan Kad Kredit HanzGold tidak dapat dilakukan. Server yang di dalam siasatan Polis D7 adalah segala-galanya untuk kami.

Berkenaan dengan DOKUMEN iSTAFF, anda tidak perlu risau kerana KAMI TIDAK MENYIMPAN SALINAN DOKUMEN PELANGGAN pada masa ini kerana SERVER & PENDRIVE yang mempunyai data-data pelanggan berada di Balai Polis D7, Ipoh. Di harap semua ahli KKC tidak perlu risau berkenaan dengan dokumen peribadi masing-masing. Pihak kami tidak pernah sama sekali menggunakan DOKUMEN PELANGGAN untuk tujuan lain.

Kepada mereka-mereka yang tidak berpuas hati dan ingin menarik diri daripada memohon kad kredit ini, sila emailkan kepada : support@kadkredit.com

Makluman kepada SHAHRUL FITRI BIN ROZALI, laporan Polis telah dibuat ke atas anda. Tiada laporan palsu yang dibuat, SHAHRUL FITRI BIN ROZALI menculik, mengugut, memaksa dan menyamar menjadi SAIJUHAN BIN JUMMAT dan menghantar SMS merapu (menggunakan No. Telefon : 019-5151 355) kepada semua ahli KKC.

- KKC Team -