Sunday, April 25, 2010

Laman Web HanzGold.com & KadKredit.Com dihentikan sementara...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Di sini kami ingin mengumumkan untuk menghentikan sementara operasi di semua laman web milik HanzGold untuk memberikan ruang kepada pihak Polis menjalankan siasatan terhadap server milik HanzGold yang berada di Balai Polis D7, Ipoh.

Baru-baru ini, pihak kami telah pun membuat laporan kepada pihak Polis berkenaan dengan 'sabotaj' yang diketuai oleh SHAHRUL FITRI BIN ROZALI. Dalam masa terdekat, pihak kami akan ketengahkan kes ini di mahkamah untuk menuntut ganti rugi melebihi RM200,000.

Pihak kami menyangkal sekiranya ada di antara mereka yang mengatakan HANZ GOLD MANAGEMENT adalah SCAMMER. Kad Kredit HanzGold berada di pihak kami dan akan di bawa ke mahkamah untuk menjadikan ianya sebagai bukti bahawa Kad Kredit HanzGold bukannya PALSU.

Kami memohon maaf di atas kesulitan yang terjadi. Di harap semua pihak dapat bersabar. Hanya disebabkan seorang BEKAS iSTAFF KKC menyebabkan segala urusan Kad Kredit HanzGold tidak dapat dilakukan. Server yang di dalam siasatan Polis D7 adalah segala-galanya untuk kami.

Berkenaan dengan DOKUMEN iSTAFF, anda tidak perlu risau kerana KAMI TIDAK MENYIMPAN SALINAN DOKUMEN PELANGGAN pada masa ini kerana SERVER & PENDRIVE yang mempunyai data-data pelanggan berada di Balai Polis D7, Ipoh. Di harap semua ahli KKC tidak perlu risau berkenaan dengan dokumen peribadi masing-masing. Pihak kami tidak pernah sama sekali menggunakan DOKUMEN PELANGGAN untuk tujuan lain.

Kepada mereka-mereka yang tidak berpuas hati dan ingin menarik diri daripada memohon kad kredit ini, sila emailkan kepada : support@kadkredit.com

Makluman kepada SHAHRUL FITRI BIN ROZALI, laporan Polis telah dibuat ke atas anda. Tiada laporan palsu yang dibuat, SHAHRUL FITRI BIN ROZALI menculik, mengugut, memaksa dan menyamar menjadi SAIJUHAN BIN JUMMAT dan menghantar SMS merapu (menggunakan No. Telefon : 019-5151 355) kepada semua ahli KKC.

- KKC Team -

Tuesday, February 16, 2010

Kejadian Tidak Di Duga...

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah, saya dan suami baru sahaja lepas daripada sebuah perancangan untuk menjatuhkan syarikat² HANZ GOLD MANAGEMENT yang baru sahaja bertapak ini. Saya hampir sahaja putus asa untuk meneruskan usaha suami, tapi sayanglah kan, hampir 4 bulan bertapak dan jualan produk pertama, iaitu "eBook - Mohon Kad Kredit Antarabangsa" pun hampir mencecah 1,000 unit dan ianya boleh dikatakan produk pertama yang terlaris.

Seorang manusia yang layak digelar 'perosak bangsa' dan 'penghancur usaha Melayu' iaitu SHAHRUL FITRI BIN ROZALI (No. K/P : 750930-04-5321) telahpun ditangkap oleh Anggota Polis (Unit D7), Cawangan Ipoh, Perak pada 24 Januari 2010 lebih kurang jam 8 malam. Disebabkan kegiatan b*d*h yang dilakukannya, pihak syarikat kerugian lebih RM30,000 kerana hampir kesemua PERALATAN UTAMA yang dicurinya mengandungi sistem² yang sangat penting untuk perjalanan web HG dan juga web KKC.

Saya mewakili pihak syarikat ingin memohon maaf kepada semua iStaff yang berdaftar dengan syarikat ini. Kami telah pun memulakan semula projek Kad Kredit yang diisukan oleh bank di luar negara. Alhamdulillah, setakat ini kami telah menyiapkan semula laman web KKC (http://www.kadkredit.com) dan web HG (http://www.hanzgold.com) akan menyusul insyaAllah sebelum atau pada bulan Mac ini.

Kepada eStaff (berdaftar) yang tidak lagi berminat untuk mendapatkan Kad Kredit Antarabangsa, anda boleh membuat permohonan "Jaminan Pengembalian Wang" kepada pihak kami melalui alamat emel : register@hanzgold.com support@kadkredit.com

Sekali lagi kami ingin memohon maaf kepada semua iStaff dan juga bakal pelanggan sebelum ini kerana disebabkan kejadian yang tidak diduga ini, pihak kami tidak dapat beroperasi (dari 24 Januari - 15 Februari) sehingga sekarang. Kami berharap semoga kejadian ini tidak akan berulang lagi...

WASSALAM...

- CEO, Hanz Gold Management -
NOR HAFSAH BINTI MOHAMAD ABDUL RAHMAN